Seorang pendakyah Kristian perempuan yang hanya berusia 19 tahun dari USA mengaku telah ke 34 buah negara dan kini berada di Pulau Pinang untuk menyebarkan agama Krisitian. Dia berani ke sebuah masjid dan ‘buat gila’, menghina Islam tanpa rasa gentar setelah dakyahnya tidak diterima. Ya tentu ramai yang marah tetapi cukupkah sekadar itu?
Di mana kita ketika berusia 19 tahun dan di mana kita sekarang??? sudahkah kita berdakwah menyebarkan Islam agama yang benar ini? sudah berapa ramai yang telah kita sampaikan mengenai Islam?
Sudah berapa ramai anak muda Islam telah kita dampingi untuk memberi nasihat dan penerangan tentang Islam? Atau sekadar bersangka buruk dan membenci mereka kerana sikap mereka yang kelihatan jauh dari agama seperti merempit dan sebagainya?
Berapa ramaikah insan yang dalam kesusahan sudah kita bantu? Atau sekadar melihat, lalu bibirpun berkata kasihan tanpa kita membuat apa-apa?
Ingatlah jikalau kita tidak berkerja untuk agama yang tercinta ini, orang lain sedang berusaha memurtadkan anak-anak kita, Nauzhubillah.
Pelbagai cara mereka gunakan untuk memurtadkan saudara kita antaranya melalui soalan-soalan mengelirukan bertujuan menimbulkan keraguan terhadap agama yang benar ini. Ya mereka tidak akan mampu memesongkan akidah umat Islam yang kuat imannya dan mantap ilmunya, tetapi mereka menyasarkan golongan yang tidak faham agama dan jauh dari agama bagi merealisasikan agenda jahat ini.
Mereka mengunakan taktik kerja kebajikan, membantu saudara seakidah dengan kita sehingga terhutang budi lalu memurtadkan sebahagian dari mereka. Walaubagaimanapun bukan semua golongan Kristian seperti itu.
Pelbagai cara telah digunakan bagi memenuhi agenda Kristianisasi mereka tetapi di mana kita? Apa yang sudah kita lakukan setakat ini bagi menyekat fahaman yang merosakkan ini dari terus menular? Sudahkah kita berdakwah kepada yang belum Islam? Sudahkah kita memberi nasihat dan peringatan kepada saudara seagama kita agar mereka berpegang teguh dengan Islam? Sudahkah kita membantu golongan yang memerlukan dengan melakukan kerja-kerja kebajikan serta menonjolkan akhlak Islam yang mulia?
Sudahkah kita memupuk rasa kasih sayang sesama umat Islam?
Tepuk dada Tanya iman. Jangan sampai kita mati tanpa melakukan apa-apa untuk agama kerana kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Wahai saudara saudari yang ku kasihi, mari sertai kami atau mana-mana badan, persatuan, pertubuhan, masjid dan surau dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar melalui dakwah, Islah dan kerja kebajikan serta berakhlak mulia. Kita sudah kesuntukkan masa. Jika bukan sekarang, bila lagi???. Nyawa masih melekat di tubuh, peluang masih dibuka oleh ALLAH swt untuk kita melakukan amal kebaikan jadi tunggu apa lagi?
Mari sertai kami Islamic Charity Society (ICS) dalam gerak kerja dakwah, Islah dan kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan. Anda boleh menyumbang tenaga sebagai sukarelawan ICS, menyumbang dana, peralatan dan barang terpakai. Meyumbang idea, cadangan dan sebagainya bagi memartabatkan agama Islam yang benar ini. Hubungi saya sekarang melalui email ahzam10@yahoo.com.
Sekilas Pandang Mengenai Kami.
Kesedaran dan idea penubuhan ICS bermula setelah peristiwa 12 orang Islam telah dikesan oleh pihak JAIS di dalam Gereja kerana menerima bantuan pihak gereja dan ada yang mengesyaki suatu usaha Kristianisasi berlaku di situ atas alasan kerja kebajikan.
Atas dasar kesedaran betapa pentingnya gerak kerja kebajikan tanpa mengira agama disusuli dakwah dan islah yang lebih sistematik dan bersugguh-sungguh perlu dilakukan oleh umat Islam selaras dengan kehendak Islam itu sendiri, ICS telah ditubuhkan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Pulau Pinang pada 20 Februari 2012 dan bernombor pendaftaran : 0415-12-PPG. ICS kini dalam proses penstrukturan dan InsyaALLAH akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2012.
Walaubagaimanapun, satu gerak kerja dakwah, islah dan kebajikan sudahpun dilancarkan sejak beberapa tahun yang lalu dan penubuhan NGO ini adalah satu usaha bagi memantapkan lagi usaha yang sedia ada InsyaALLAH.
Doa serta bantuan saudara saudari sekalian amatlah dihargai dan mudahan ALLAH swt membalasnya dengan ganjaran pahala yang tinggi. Jazakumullah hukhoiro
Walaubagaimanapun, satu gerak kerja dakwah, islah dan kebajikan sudahpun dilancarkan sejak beberapa tahun yang lalu dan penubuhan NGO ini adalah satu usaha bagi memantapkan lagi usaha yang sedia ada InsyaALLAH.
Doa serta bantuan saudara saudari sekalian amatlah dihargai dan mudahan ALLAH swt membalasnya dengan ganjaran pahala yang tinggi. Jazakumullah hukhoiro
Tulisan ini adalah pandangan abu umair semata-mata dan tiada sebarang kaitan dengan Islamic Charity Society (ICS)
abu umair 8 April 2012
www.voiceofsunnah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment