Monday, 18 July 2011

KEMANA HENDAK DICARI KETENANGAN YANG HAKIKI?


Insan kadang kala berasa jiwanya tidak tenang. Dia berasa gundah gulana diulik masalah yang tidak putus-putus mengunjung tiba. Lalu dia mencari suatu ketenangan di dalam dirinya. Dia bertanya di mana hendak ku cari ketenangan yang hakiki?

Kadang kala insan menjadi  lalai dihanyutkan budaya Hedonisma. Dia merasakan hiburan semata-mata dapat memberinya suatu ketenangan yang memuncak. Akhirya dia tertipu dan jiwanya tidak mampu mencapai ketenangan yang hakiki.

Jadi, di mana hendak dicari ketenangan yang hakiki?

Firman ALLAH swt maksudnya:
“Orang-orang yang beriman dan jantung hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah jantung hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)
Ketenangan merehatkan minda dan membebaskan insan dari belengu kerisauan. Pabila mengingati ALLAH, jantung hati kita menjadi tenang. Kita menjauhi larangan-NYA dan berpegang teguh dengan suruhan-NYA. Kita berusaha, berdoa dan sentiasa bertawakal kepada-NYA.

Ketenangan yang hakiki hanya muncul di dada-dada insan apabila dia benar-benar mengingati ALLAH swt. Dia mengingati ALLAH swt dikala senang dan susah. Pabila dia dikurniakan kebaikan di dalam hidupnya, dia mengingati ALLAH swt lalu bersyukur kepada-NYA. Pabila dia ditimpa musibah dan dugaan hidup, kepada-NYA jualah dia mengadu dan meminta lalu dia bersabar menempuh dugaan tersebut. Dialah insan yang tenang. Dialah insan yang sentiasa mengingati ALLAH swt.

Firman ALLAH swt maksudnya:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Al-Baqarah 155-157). 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ?  Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ( Al-“ankabut : 2-3)
  
Jiwa yang diduga menjadi tenang mengingati ALLAH swt. Ini kerana dia tahu ALLAH swt sayang kepadanya dan dia bersabar dengan dugaan tersebut lalu dia tetap tenang menghadapi dugaan.

Berbeza dengan insan yang lupa dan lalai dalam mengingati ALLAH swt. Dia lupa akan matlamat hidup ini. Dia lupa kenapa dia diutuskan ke dunia yang penuh dugaan ini. Dia lupa akan dosanya. Dia tidak menyedari betapa ALLAH swt Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang tidak pernah melupainya.

Apabila insan melupai ALLAH swt, jantung hatinya tidak tenang. Walaupun wangnya bertimbun tinggi tetapi hakikatnya dia tidak tenang. Lihatlah kepada sesetengah artis, walaupun mereka diselimuti dunia yang penuh glamour dan menjadi ikutan ramai, hakikatnya jantung hati mereka tidak tenang kerana ketenangan tidak datang daripada budaya hedoisma yang mereka perjuangkan. Lalu tidak hairanlah jika kita lihat ramai artis yang gagal dalam hidup dan membunuh diri. 

Berbeza pula dengan insan yang sentiasa mengingati ALLAH swt di dalam hidupnya. Walaupun dia hanyalah seorang yang miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi dia tetap bersyukur dan mengigati ALLAH swt. Jantung hatinya tetap tenang mengingati ALLAH swt. Dia redha dan bersyukur dengan kurniaan ALLAH swt. Dia orang yang Berjaya. Dia isan yang tenang.


Oleh itu marilah kita menjadi insan yang bersyukur dan mengingati ALLAH swt walau dimana jua kita berada dan di dalam segala situasi yang kita tempuhi. InsyaALLAH jantung hati kita akan tenang. Sesungguhnya dengan hanya mengingati ALLAH swt lah jantung hati kita akan benar-benar tenang. Wallahu’alam.

Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAAH niscaya DIA akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (Ath-Thalaaq:2-3).
Jiwa yaNg tenang adalah jiwa yang sentiasa mengingati ALLAH swt walau  dimana jua.  Mudahan  kita tergolong  dikalangan insan yang berjiwa tenang.

 abu umair 18/7/2011

7 comments:

  1. setiap nafas yang kita hirup dan lepas semuanya dengan izin Allah, walau sehelai daun kering yang gugur ke tanah juga dengan izin Allah, mata berkelip dengan izin Allah.

    Saudara Abu Irfan,tenangkan hati anda.

    ReplyDelete
  2. Jazakallah hukhoiro, Mudahan jantung hati kita sentiasa mengingati ALLAH swt

    ReplyDelete
  3. hati ini sesuatu barang yang susah hendak dijaga.. lagi2 untuk mengajak ia mengingati ALLAH,beruntung manusia yang mampu mengingati ALLAH 24jam sehari.. jihad yang terbesar adalah dengan nafsu kita sendiri seperti sabda nabi Muhammad saw.

    moga ramadhan kali ini kita berperang besar dengan nafsu, insyaallah..

    ReplyDelete
  4. Jazakallah hukhoiro, benar mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dan sama-sama kita tingkatkan amal soleh. Tetapi saudara/ri yg. mudahan dirahmati ALLAH swt, adakah hadis jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu itu sahih? Siapa periwayat hadis tersebut?

    ReplyDelete
  5. الله
    والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

    Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabada: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.

    HR: Dailami, dan dinilai DHAIF oleh muhadditheen dan muhaqqiqeen. (Silsilah Dhaifah 5/478).

    Kata Ibn Taimiyyah: Tiada asal baginya, tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan mereka yang arif dalam percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW. Jihad menentang orang kafir itulah yang paling besar, bahkan amalan sunat yang paling afdhal.
    (Majmuk Fatawa 11/197).

    Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.

    ReplyDelete
  6. Jadi kesimpulannya jihad peperangan menentang musuh Islam adalah jihad yang paling besar dan
    melawan hawa nafsu juga merupakan sebahagian daripada jihad. Terima kasih atas perkongsian ilmu, Jazakallah hukhoiro.

    ReplyDelete