Gambar hiasan |
Pendakwah adalah penterjemah secara langsung kepada dakwah yang dibawa olehnya. Jika ucapannya selari dengan tingkah lakunya, maka dia menjadi contoh tauladan yang baik dan dakwahnya akan lebih berkesan InsyaALLAH. Sebaliknya jika dilihat wujudnya percangahan yang nyata diantara ucapannya dan tingkah lakunya seperti contoh dia menyeru orang lain berhenti merokok tetapi dia sendiri merokok, maka maruahnya akan tercemar dan masyarakat akan menolak dakwahnya. Bak kata orang Pulau Pinang "sembang pum pang pum pang" iaitu 'cakap tak serupa bikin'.
Sama juga jika seorang bapa menasihati anaknya atau seorang guru menasihati anak muridnya supaya berakhlak baik tetapi si ayah dan si guru itu sendiri suka memaki hamun dan berakhlak buruk. Maka akan berkuranganlah rasa hormat si anak tersebut dan nasihat yang dilemparkan akan menjadi tidak berkesan.
Al Quran juga mengingkari dengan keras sikap segelintir insan yang tidak mengotakan apa yang mereka katakan.
ALLAH swt berfirman maksudnya:
”Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kemurkaan disisi ALLAH bahawa kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak lakukan” (Asy Shaff: 2-3)
Saya menasihati diri sendiri dan mudahan menjadi pengajaran kepada para pembaca agar marilah sama-sama kita mengotakan apa yang di kata. Jaganlah hanya manis di bibir tetapi tidak pada tingkah laku yang akhirnya menjatuhkan maruah diri dan menjejaskan keberkesanan dakwah kita.
Marilah kita bermuhasabah diri memperbaiki kualiti diri sebagai seorang Muslim yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya sebaik-baik contoh tauladan adalah dengan mengikut Nabi saw yang kita kasihi.
ALLAH swt berfirman maksudnya:
”Sesungguhnya bagi engkau pada diri Rasulullah saw itu adalah contoh tauladan yang baik...” (Al Ahzab:21)
abu umair 7.11.2011
No comments:
Post a Comment