Sunday 5 June 2011

MARILAH KITA MENGASIHANI MEREKA.


Kasihanilah mereka. Insan yang baharu dilahirkan di dunia. Mereka tidak tahu apa-apa, Mereka insan yang tidak berdosa. Mereka masih kecil tak bermaya. Jangan aniaya mereka. Jangan zalimi mereka, Jangan lempar mereka. Jangan bunuh mereka! 

Tetapi engkau wahai si ZALIM. Engkau bunuh mereka dengan kejam. Engkau lempar mereka  ke dalam sungai, engkau campak mereka ke dalam tong sampah, engkau baling mereka dari bangunan tinggi, engkau tingalkan mereka di dalam semak samun dalam kesejukan dalam kelaparan. Mereka mati dengan penuh trajis.

      
       



Aku hiba melihat mereka, aku sedih mereka dibunuh  dengan begitu kejam, aku bingung kenapa kezaliman ini berlaku. Aku bimbang kemanakah hala tuju umat ini.





Sampai bila? Sampai bila? Sampai bila?

Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Bila penganiyayaan ini akan berhenti? Bila kezalima ini akan mencapai titik noktah?. Hanya soalan tanpa jawapan.

Wahai pemerintah, aku mengharapkan anda. Buatlah sesuatu untuk menghentikan kezaliman ini. Tutuplah segala pintu-pintu maksiat di televisyen, di radio, di akhbar, di majalah, di atas pentas, di bawah pentas dan di persekitaran. Anda mampu melakukannya sebab anda ada kuasa, jadi lakukanlah sebelum terlambat kerana azab ALLAH amat pedih.

Wahai ibubapa, aku mengharapkan anda di rumah. Jangan biarkan anak-anak anda melakukan kemaksiatan. Jangan biarkan anak-anak anda bergaul bebas tanpa batasan dengan insan berlawanan jantina. Kawallah pergaulan mereka, berilah didikan agama kepada mereka, agar mereka tidak terjebak dengan  zina yang menjurus kepada kezaliman ini. Jangan biarkan mereka menzalimi diri dan insan yang tak berdosa ini. Wahai ibubapa, andalah pendidik dan contoh ikutan mereka. Jangan musnahkan hidup mereka dengan budaya maksiat di rumah!

Wahai para guru, aku mengharapkan anda di sekolah. Anda didiklah dan nasihatlah mereka mulai dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah dan seterusnya supaya mereka faham erti kehidupan dan tidak terjebak dengan zina. Wahai guru, anda tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak didik anda kerana kerjaya anda mulia. Jadi muliakanlah akhlak anda dan anak didik anda dengan melahirkan individu yang bertakwa kepada ALLAH swt.

Wahai insan yang bernama kawan,  janganlah anda menjadi agen syaitan dengan mengajak rakan-rakan  anda kearah kemaksiatan. Jadilah agen dakwah yang mengajak  rakan-rakan kearah amal kebajikan sebab pengaruh anda amat kuat. Jadilah kawan baik yang bertakwa kepada ALLAH swt. Boleh kan?

Wahai anak muda, jauhilah zina, katakan taknak taknak taknak kepada zina. Dengan zina anda hina. Muliakanlah akhlak anda dengan bertakwa kepada ALLAH swt. Barulah anda sempoi. Jikalau anda bertakwa kepada ALLAH swt, mengikuti segala suruhan-NYA, meninggalkan segala larangan-NYA, anda selamat dunia akhirat. Tetapi jikalau anda melakukan kemungkaran, anda tengelam dalam kemaksiatan, azab ALLAH amat pedih. Takut, takut, takutlah kepada ALLAH swt.


Wahai diri ku, janganlah engkau melihat saja, cegahlah kemungkaran selagi engkau mampu, Jikalau bukan engkau siapa lagi? Buatlah amar ma’ruf nahi mungkar dengan bersengguh-sungguh diwaktu-waktu yang semakin kritikal ini. Masa semakin suntuk, keadaan semakin parah. Engkau wajib melakukan amar ma’ruf nahi mungkar dan lakukan sekarang!

ALLAH swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ALLAH swt sentiasa menerima taubat nasuha hamba-hamba-NYA. Oleh itu marilah kita bertaubat kepada-NYA. Marilah kita bermuhasabah diri dan memperbaiki kualiti diri agar kita menjadi insan super yang bertakwa kepada ALLAH swt.

Kearah umat bebas zina. Katakan aku benci zina, katakan aku taknak maksiat. Katakan aku mahu akhlak mulia, katakan aku mahu bertakwa kepada ALLAH swt. Kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam menghentikan kezaliman ini. Oleh itu marilah kita berusaha menghentukannya dan marilah kita berdoa mudahan kezalima ini akan berhenti segera. Hapuskan pintu-pintu zina!

“Dan janganlah kamu mendekati zina.” –Surah Al-Israa: 32



abu umair 5.6.2011

4 comments:

  1. cuba beri amalan atu zikir bagi mereka yang suka menghampiri zina.. sebab bukan mudah nak lari dari shahwat ni.. melainkan orang yang takut kepada Allah, so bagi yang tak takut atau dah hilang rasa malu tu macamn mana nak avoid? they enjoy the habit... abu irfan what you think?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Insan adalh makhluk lemah yg tak dpt lari drpd dosa. sbb itu ALLAH swt Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membuka pintu taubat seluas-luasnya kpd insan walaupn sebesar mana pun dosanya, Jadi antara langkah2 yg blh diambil utk mengelakkan diri drpd mengulangi dosa lama setelah bertaubat adalah:
    1)Banyakkan mengingati ALLAH dgn menunaikn Solat & amalan soleh.
    2)Berkawan atau bergaul dengan orang-orang soleh (Orang baik yg mengajak kpd kebaikan)
    3)Jangan berkawan dengan orang-orang yg boleh menyebabkn kita kembali melakukan maksiat(Jangan berkawan dgn syaitan manusia)
    4)Banyakkan menghadirkn diri ke majlis-majlis ilmu di masjid2, madrasah & lain2. sekarang ni bayak kuliah & ceramah agama yg blh kita ikuti utk mentarbiah diri kita
    5)Kalau perlu berpindah sahaja ke tempat lain jika tempat tingal sekarang banyak faktor2 yg blh menyebabkan kita kembali melakukan dosa lama.
    6)Banyakkan beristighfar.
    7)lain-lain langkah yg dirasakan sesuai bagi mengelakkan diri terjerumus dng dosa lama.

    Tetang zikir yg khusus utk mengelak zina tu sy tak pasti harap maaf. WALLAHU'ALAM

    ReplyDelete
  3. Jangan mendekati zina maknanya jangan melakukan perkara-perkara yg boleh menyebabkan diri terjerumus degan zina contohnya:
    1)Jangan bercouple.
    2)Jangan berdua-duaan dengan kekasih.
    3)Jangan melihat wanita yg berpakaian kurang sopan spt. ketat, nipis & kurang kain.
    4)Jangan terpedaya dengan janji-janji manis kekasih yg bertopengkAn syaitan
    5)Jangan keluar dengan lelaki bukan mahram.
    6)Jangan menonton filem yg blh menaikkan syahwat.

    SAYA MENYERU KEPADA ANAK-ANAK MUDA SUPAYA LEKAS-LEKASLAH BERKAHWIN.
    KEPADA PEMERINTAH, PIHAK BERKUASA AGAMA & IBUBAPA TOLONGLAH JANGAN MENYUSAHKAN PERKAHWINAN DENGAN MCM2 HAL YG TAK SEPATUTNYA. KERANA PADA MASA SEKARANG SY LIHAT KALAU NAK KAHWIN SUSAH TAPI NAK ZINA MUDAH.

    ReplyDelete
  4. dengan berzikir hati kan jadi tenang.. bila hati sudah tenang, fikiran pun akan jernih,hidup semangat dan gigih, prestasi mudah diraih... :) thanks for the penjelasan tu..

    ReplyDelete