Sudah menjadi trend sejak zaman P.Ramlee lagi, orang kita menyambut ulang tahun kelahilan dengan merayakannya secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Paling kurangpun majlis meniup lilin di atas kek.
Adakah ini budaya Islam?
Adakah ini budaya Islam?
Sheikh Ibn Utsaemin rh dalam fatwanya (terjemahan) menyebut:
Di dalam Islam tidak dikenal adanya hari raya selain hari jum'at dalam sepekan; tanggal 1 Syawal iaitu hari raya aidul fitri dari ramadhan, dan tanggal 10 Zulhijjah iaitu hari raya aidul adha yang dinamakan juga dengan hari arafah sebagai hari raya bagi orang yang menghadiri Arafah, serta hari-hari tasyriq mengikuti hari raya aidul adha. Adapun hari raya ulang tahun kelahiran bagi seseorang atau bagi anaknya atau dalam rangka memperingati hari pernikahan dan semisalnya, semua itu tidak disyariatkan, lebih dekat kepada bid'ah daripada mubah (Majmu' fatawa wa rosail, Sheikh Ibn Utsaemin 2/3020)Menurut Doktor Maszlee Malik pula di dalam buku beliau:
Parti sambutan hari jadi, perbuatan keterlaluan, berseronok dan juga bergurau senda serta bergaul tanpa batasan bukanlah cara Islam. Ia juga merupakan satu pembaziran dan juga membuang masa. Carilah cara lain yang lebih bertamadun dan menguntungkan untuk menyambut hari jadi, seperti menyambutnya bersama anak-anak yatim, bersama orang-orang yang susah, beriadah bersama rakan-rakan dan bermacam-macam cara yang lebih kreatif dan moden asalkan ia tidak melangar batas-batas syariat. Mengadakan parti untuk menyambut hari jadi adalah suatu yang kolot dan ketinggalan zaman serta tidak kreatif. (Dr.Maszlee Malik, Kemusykilan Remaja, Karya Bistari, 2005 m/s:96)
Hakikatnya merayakan ulang tahun kelahiran/ harijadi adalah budaya orang kafir yang diserap masuk secara halus zaman berzaman ke dalam masyarakat Islam. Sehingga ada yang tidak sanggup jika harijadinya tidak disambut. Begitu kuatnya budaya asing mempengaruhi minda kita.
Jika anak terlupa merayakan harijadi bapanya atau suami terlupa akan harijadi isterinya akibat kesibukkan kerja. Maka bapa atau isteri tersebut akan merajuk dan kuranglah kemesraan antara mereka selama beberapa hari. Bahkan ada yang merajuk berbulan lamanya.
Saya sendiri mempunyai seorang anak sepupu yang berkecil hati kerana saya terlupa mengucapkan selamat harijadi kepadanya dan sudah bertahun lamanya, dia masih tidak semesra dahulu kesan daripada perkara remeh seperti ini.
Inilah akibatnya jika perkara tidak perlu dianggap penting.
Di alam perkahwinan khususnya, terlupa tarikh ulang tahun kelahiran atau ulang tahun pernikahan dan sebagainya bukanlah bererti pasangan kita tidak ambil berat tetapi biasalah manusia boleh terlupa disebabkan pelbagai faktor. Jadi janganlah berkecil hati dan ingatlah jasa baik yang pernah si dia lakukan. Itulah sikap ambil berat yang sebenar.
Di alam perkahwinan khususnya, terlupa tarikh ulang tahun kelahiran atau ulang tahun pernikahan dan sebagainya bukanlah bererti pasangan kita tidak ambil berat tetapi biasalah manusia boleh terlupa disebabkan pelbagai faktor. Jadi janganlah berkecil hati dan ingatlah jasa baik yang pernah si dia lakukan. Itulah sikap ambil berat yang sebenar.
Sambutan harijadi juga hanya akan menyebabkan berlakunya suatu pembaziran. Adalah lebih bermanfaat wang yang dibazirkan itu digunakan untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Oleh itu tidak perlulah meniru orang kafir dalam menyambut harijadi seseorang. Banyak lagi cara untuk kita mempamerkan kasih sayang kepada orang lain seperti berbuat baik kepada mereka tanpa mengira hari. Namun begitu, sekadar yang saya faham tidaklah menjadi masalah jika kita memperingati hari ulang tahun kelahiran kita dan bermuhasabah diri kerana usia semakin meningkat dan masa semakin berlalu untuk kita beribadah kepada ALLAH swt.
Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri tidak pernah merayakan hari ulang tahun kelahiran mereka seperti yang kita lakukan sekarang sedangkan Nabi saw adalah insan yang paling penyayang dan mengambil berat terhadap kepentingan umatnya. Fikir-fikirkanlah dengan minda terbuka. Wallahu'alam.
Abu Umair 13.1.12
No comments:
Post a Comment